Wednesday, January 7, 2015

Saturday, December 20, 2014

SAJAK MERINDUI BUKU - A. SAMAD SAID

Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali,
tanpa himpunan ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.


Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fakir yang sakti,
nyaman dan mesranya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang luhur budi
melalui tapisan hikmat berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah
kita merindu buku dan ghairah baca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A Samad Said
7 Mac 2004
Dewan Sastera Ogos 2004 ms 50

ANUGERAH GALAKAN MEMBACA 2014


 1. PEMINJAM BUKU TERBANYAK DI PERPUSTAKAAN
 

    Tempat pertama      :  ADAM AMIERUL BIN ABDUL BASIR            5PKM2

    Tempat Kedua         :  NORAMIRA SYAZWANA BT ZAINAL           5PKA1

    Tempat Ketiga         :  NOR ATHIRAH BT JAMALUDDIN                 5PKM3

    Tempat Keempat     :  MUHAMMAD NAZHIIM BIN RUSMAN           5PKM2

    Tempat Kelima        :  MUHAMMAD HADZIF BIN HISHAM              5PERD2

 

2. PROGRAM NADI ILMU AMALAN MEMBACA - PENERIMA ANUGERAH NILAM
 

      NORAMIRAH BT MUHAMMAD HARUN       5PKA2

 

3. PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI DALAM KELAS
 

Tingkatan              :  5PKEE1 (MUHAMAD ADAM ATAULLAH B AHMAD YUSNI)

 

4. PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN DALAM KELAS
 

Tingkatan 4           :  4PERD1 (PN. ROSIMAH BT ISA)

Tingkatan 5           :  5PKEE1 (MUHAMAD ADAM ATAULLAH B AHMAD YUSNI)

 

5. PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN KURIKULUM
 

Pertama                 :  PANITIA PERDAGANGAN (PN. ZULBAYDAH BT SIDEK)

Tempat kedua        :  PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN (PN. HJH AZIZAH BT MOHAMAD)

Tempat ketiga       :  PANITIA MATEMATIK (PN. NORSHELA BT ROSLI@ROSALIE)

 

6. PENGGUNA UNIT PSS PALING KERAP
 

     SALC                      :  PN. HJH NORMALA BT HJ. YUSOFF

     Bilik Tayang           :  PN. JUHAIDA BT HAMID

Perpustakaan          :  PN. ERNIEZA BT TULISMAN 

                                   

7. PEMBACA TERBANYAK BAGI PROGRAM MEMBACA GURU DAN STAF
 

Pertama                 :  PN. HJH AZIZAH BT MOHAMAD

Tempat kedua        :  PN. HJH NORMALA BT HJ. YUSOFF

Tempat ketiga       :  PN. ANNA DIANA BT AZIZ

Monday, April 21, 2014

NILAM 2014



ANUGERAH PSS 2013

2. PEMINJAM BUKU TERBANYAK PERPUSTAKAAN TAHUN 2013
    Tempat pertama      : Mohd Nor Asmawi Bin Mohd Johar 5E1       - (107 Buku)
    Tempat Kedua         : Muhammad Kamal Ariffin Bin Samani 5A1   - (35 Buku)
     Tempat Ketiga        : Muhammad Syafiq Bin Adzli  5E1                 – (26 Buku)
    Tempat Keempat     : Najihah Syazwani Binti Mohamad Yusuf  5P2 – ( 25 Buku)                    
    Tempat Kelima         : Farah Syahira Binti Abdul Rahim 5A3         – (24 Buku)
                       
3. PELAJAR YANG MENCAPAI TAHAP ANUGERAH NILAM
    i.   Nur Hijratul Bt Rasul  5A2          – 438 buah buku
    ii.  Nurul Qahirah Dzulkefley  5A3  - 316 buah buku
    iii. Yusra Bt Zaini  5P1                     – 317 buah buku
    iv. Azrul Norfaiz bin Abd Wahab  5M2 – 296 buah buku
     v.  Nabilah Athirah Bt Othman  5E2 – 288 buah buku
    vi. Farah Afiqah bt Mohd Pauzi  5P1  - 288 buah buku

4. PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI DALAM KELAS
Tingkatan 4           :  4E1  
Tingkatan 5           :  5P1   

5. PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN DALAM KELAS
Tingkatan 4           :  4E1 
Tingkatan 5           :  5A1

6. PERTANDINGAN PAPAN KENYATAAN KURIKULUM
Pertama                 :  Panitia Perdagangan
Tempat kedua        :  Panitia Matematik Tambahan
Tempat ketiga       :  Panitia Pendidikan Islam

7. PENGGUNA UNIT PSS PALING KERAP
     SALC                      :  Pn. Nurul Haza bt Azmi
     Bilik Tayang           :  Pn. Juhaida bt Hamid
Perpustakaan          :  Pn. Hjh Normala bt Hj. Yusoff

8. PEMBACA TERBANYAK BAGI PROGRAM MEMBACA GURU DAN STAF
Pertama                 : Pn. Hjh Normala bt Hj. Yusoff
Tempat kedua        : Pn. Hjh Azizah bt Mohamad

Tempat ketiga       : Pn. Anna Diana bt Aziz

SUDUT NILAM

SUDUT NILAM

CARTA ALIR PROGRAM NILAM

CARTA ALIR PROGRAM NILAM

PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

PROGRAM NILAM
Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.
Program NILAM(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. MatlamatMembina tabiat membaca yang berkekalan di kangan murid.Objektif. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membacab. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program Nilam.
Rekod Membaca :
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM
ii. Pengesahan Pembacaan :
Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
iii. Pengiktirafan :
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan bukuyang dibaca.

PelaksanaanProgram NILAM mempunyai dua tahap
Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca

Tahap JAUHARI
♦ Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
♦ Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
♦ Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.
♦ Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah.Tahap RAKAN PEMBACA (RP)
♦ Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
♦ Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
♦ Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
♦ Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.
♦ Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)
a. Bercerita.
b. Membaca Bersama
c. Bicara Buku
d. Meminjam buku
e. Pidato
f. Ulasan buku
g. dan lain-lain
Sistem Ganjaran dan PengiktirafanTahunan
♦ Buku Rekod Kemajuan
♦ Kad KumulatifKeseluruhanSelepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.
♦ Sijil Berhenti Sekolah
♦ Surat Akuan Sekolah

1. Tahap JAUHARISekolah RendahJumlah Bacaan Pengiktirafan
90 – 179 Gangsa
180 – 269 Perak
270 – 359 Emas360 ke atas

NILAM Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72 - 143 Gangsa
144 - 215 Perak
216 – 287 Emas
288 ke atas NILAM2.

RAKAN PEMBACA (RP)Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan.

Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100 - 199 Gangsa
200 - 299 Perak
300 - 399 Emas
400 ke atas NILAM

Masa Yang Disarankan Program NILAM
♦ Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
♦ Masa Khas - SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)♦
Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
♦ Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.
♦ Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
♦ Dalam pelbagai aktiviti membaca.
Cadangan Aktiviti Program NILAM
♦ SEMAI
♦ Program IQRA
♦ Membaca Bersama
♦ Ceramah Buku (Book Talk)
♦ Khemah Membaca
♦ Bacalah Sayang
♦ Kuiz Pengetahuan
♦ Pertandingan Bercerita
♦ Radio Sekolah
♦ Pameran Buku
♦ Pidato
♦ Akhbar Dalam Darjah
♦ Reading Is Fun
♦ Klinik Membaca
♦ Buku Skrap
♦ Membaca Waktu Senggang